FollowMe

Wednesday, 14 November 2012

Salam MAAL HIJRAH 1434H

Maal Hijrah

Maal Hijrah menyingkap sejarah
Kisah perpindahan Nabi Muhammad
Dari Kota Makkah menuju ke Kota Madinah
Untuk menyelamatkan Islam dari di tindas

Di tengah malam Rosul berjalan
Bersama Abu Bakar menjadi teman
Di dalam Gua Tsur mereka bersembunyi
Musuh mencarinya tiada berjumpa

# Tiba di Madinah disambut dengan meriah
Seluruh mukmin bersyukur dan gembira
Selamatlah islam dari kekejaman
Terus berkembang mebena sebuah impaian

Hijrah rosul suatu hikmah
Dunia yang kelam bertukar cerah
Segala kekejaman kini lenyaplah sudah
Tenda agama islam peroleh kemenangan

Hijrah rosul suatu iman
Ambillah ia menjadi panduan
Agar hidup kita tidak dalam kesesatan
Dalam kita menempuh ranjau kehidupan
Agar hidup kita tidak dalam kesesatan
Dalam kita menempuh ranjau kehidupan

......................................
Salam Maal Hijrah untuk semua.

Masih ada yang ingat nasyid ni??......
Dulu-dulu waktu sekolah dulu, selalu ada perhimpunan, perarakan sempena Maal Hijrah. 
Nasyid ni mengambarkan kisah Nabi Muhammad s.a.w berhijrah dari Mekah ke kota Madinah.
Dari situlah bermula dektik penghijrahan Islam.

Apa maksud Hijrah bagi kamu?
Daisyme nekad sempena Maal Hijrah 1434H ni, daisyme akan lakukan perubahan menyeluruh. Sebab daisyme selalu bermain-main dengan sikap daisyme yang suka bermain-main.
Perubahan dari aspek sikap, perbuatan, percakapan, pendengaran, penglihatan dan seangkatan dengannya.
Yang penting Hijrah kali ni InsyaAllah dilaksanakan, Yang baik buat apa nak lengahkan kan...
Yang baik lah kita patut utamakan.

Di kesempatan ini, ayuh kita bersama-sama kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga serta para sahabat baginda.


.............
entri kali ini akan diupdate kelak.
Nak berehat jap  ^__^

1 comment:

Temuk said...

As-salam. Selamat menyambut tahun baru, 1434H. Insya-Allah, seluruh warga ummah kita akan berterusan berhijrah, dari segi fizikal dan spiritualnya. Thank you for becoming Nukilan's follower.